=)
Monday, July 12, 2010
SOALAN DALAM KUBUR
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satu lagi disebut dengan nama “Nakir” (lalu keduanya mendudukkan si mati itu setelah dikembalikan ruhnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muuhammad s.a.w.) ?(dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: mereka bertanya kepadanya: ‘Aa yang engkau pernah sembah?’ maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: ‘Aku menyembah Allah!, kemudian ia ditanya lagi: ‘Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?’ (dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: ‘Siapa tuhanmu?’ Ia menjawab : ‘Tuhanku ialah Allah, mereka bertanya lagi: ‘Apa agamamu?’ ia menjawab: Agamaku ialah Islam!’ mereka bertanya lagi:’ siapa dia orang yang diutuskan dalam kalangan kamu?) maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: ‘orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan rasul-Nya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungghnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesunggunya Muhamad itu hamba Allah dan rasul-Nya!’ Mereka berkata kepadanya: ‘Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengaku yang demikian’; (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud) bahawa baginda s.w. bersabda: “lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:’sungguh benar hambaku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke syurga.” Rasulullah s.a.w. bersabda lagi:”lalu datang kepadanya sebahagian dari bau syurga dan keharumannya); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: ‘tidurlah!” maka ia berkata: ‘bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?’ dua malaikat itu berkata kepadanya: ‘tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya’; demikianlah halnya sehingga dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. “Dan jika si mati it seoranag munafik, ia menjawab pertanyaan malaikat itu dengan katanya :’aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut kata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak.’ Lalu dua malaikat it berkata:’ memang kami tahu engkau berkata demikian’; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud:’lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: ‘sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya dia satu hamparan dari neraka, dan pakaikanlah dia dari neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pitu ke neraka’. “ Rasululullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang neraka dan udara panasnya) kemduian diperintahkan bumi supaya mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tiggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya itu.”
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi dan Abu Daud.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment