Siapa pernah kena umpat atau kena kutuk dari belakang yakni tanpa pengetahuan kita? Apa perasaan anda? Apa yang anda lakukan? Mengutuk atau mengumpat kembali si pelakunya? Malah lebih dahsyat dan mula menaburkan fitnah? Salah..cara itu memang salah. Apa yang patut dilakukan sekiranya kita kena kutuk atau umpat? Berdiam dirilah anda, kerana kesabaran anda itu akan mendapat balasan yang amat besar di dunia dan akhirat.
Orang yang kena umpat tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak akan mendapat habuan yang amat besar. Durian runtuh dari Sang Pencipta Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Mengasihani. Rasulullah SAW bersabda didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Ummah al Bahlil :
1.
Mengumpat itu umpama api yang membakar ranting kayu yang kering. Pahala yang dikumpulkannya itu akan musnah sama sekali seperti musnahnya ranting kering apabila dimakan oleh api sehingga tidak bersisa lagi.
Dan kemanakah pergi hilangnya segala pahala amal kebajikan yang dilakukan oleh si pengumpat siang dan malam malah bertahun-tahun itu? Sabda Rasulullah SAW lagi :
2.
Di akhirat nanti seseorang akan terkejut di hadapan Allah lalu bertanya: Ya Allah, dari manakah aku mendapat pahala yang banyak ini? Jawab Allah: Itu kebaikan pahala orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.
Apakah ada pengampunan dari Sang Pencipta Allah kepada si pengumpat? Rasulullah SAW bersabda lagi di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbab :
3.
Jauhilah dari perbuatan mengumpat kerana ia dosa besar dan lebih berdosa dari berzina. Allah akan mengampunkan dosa orang yang berzina apabila bertaubat. Sesungguhnya dosa mengumpat tidak akan diampunkan oleh Allah selagi tidak diampunkan oleh orang yang diumpatnya.
Masya Allah, kenapa kita sering memandang hina dan jijik kepada si penzina tetapi melayan semesra-mesranya si pengumpat dengan membaca segala gosip dan mendengar khabar berita keburukan orang lain tanpa merasakan yang ianya jauh lebih besar dosanya berbanding dengan zina? Dan kita dengan senang hatinya juga menyebarkan umpatan dan gosip tersebut? Malanglah bagi kita, saham hukuman umpat itu turut kita nikmati.
Hadis Abu Hudzaifah R.A
Rasulullah bersabda: Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah.
No comments:
Post a Comment