=)

=)

Monday, July 12, 2010

BANGUNAN SEMAKIN TINGGI TAPI UNTUK APA SEBENARNYA?

Sejak kebelakangan ini semakin banyak projek bangunan pencakar langit di bina. Kalau setakat 10 atau 20 tingkat untuk kegunana pejabat dan kediaman mungkin boleh diterima akal kewajarannya. Tapi kalau sudah mencecah beribu-ribu kaki dari aras laut, untuk apa? Malah seolah-olah wujud perlumbaan untuk membina bangunan tertinggi di dunia masa kini. Kosnya pula mencecah berbilion-bilion ringgit. Apakah sudah tiada warga miskin di dunia ini hinggakan wang sebanyak itu di bazirkan untuk projek bangunan tertinggi dunia? Hakikat perlu diterima, kebanyakan projek ini terletak di negara Islam terutamanya di Timur Tengah.Mungkinkah ini takdir kerana Rasulullah SAW pernah bersabda, salah satu tanda-tanda kiamat ialah berdirinya bangunan-bangunan tinggi di dunia ini.

Kalau kita merasakan yang Burj Khalifa di Dubai itu merupakan bangunan yang tertinggi dan akan kekal lama, kita silap.Negara Kuwait juga dalam proses membina bangunan setinggi 3824 kaki dan dijangka siap pada tahun 2016.Arab Saudi juga ada perancangan. Di Dubai sendiri akan berdiri beberapa lagi bangunan tertinggi dunia ini. Untuk apa? Keperluan atau kemegahan? Kalaulah ia dibina di atas dasar kemegahan, nescaya ia akan hancur dan runtuh jua akhirnya, sama ada semasa atau sebelum berlakunya kiamat.

Burj Mubarak al Kabir Kuwait.

Perancangan di Kuwait ialah untuk membina Burj Mubarak al Kabir. Hairan juga, tatkala jirannya Iraq masih berusahan membangunakan negara mereka akibat kemusnahan perang dan di bebani hutang dan kemiskinan, Kuwait membina bangunan ini. Dengan kos melebihi USD 7 Bilion, ianya mampu untuk membantu membangunkan Iraq. Itupun jika mereka mahu. Malah difahamkan Kuwait juga berminat untuk membina Al Jaber Tower setinggi 6000 kaki. Aku ulangi 6000 kaki. Bukan main tinggi lagi. Mengalahkan projek negara China, bangunan Bionic Tower yang berharga USD 15 bilion setinggi 4029 kaki.

Bionic Tower China.

Nakheel Tower, Dubai.

Namun Dubai menangguhkan beberapa projek tersebut kerana masalah ekonomi mereka. Menara Nakheel dan 1 Dubai mungkin tidak akan didirikan dalam waktu terdekat ini. Projek di China juga masih menunggu masa yang sesuai. Agak hairan juga, kenapa negara-negara yang jauh lebih kaya seperti Kesatuan Eropah tidak berminat untuk mendirikan bangunan tinggi dunia tidak seperti negara-negara Arab dan China? Mungkin ianya bukan keperluan. Ya betul, pada pandangan aku, ia lebih kepada kemegahan dan kebanggaan. Mungkin USA akan menyaksikan berdirinya bangunan tinggi terutamanya di Miami. Ia dalam proses perancangan dan mendapatkan kelulusan keselamatan termasuk dari pihak penerbangan. Bangunan yang bakal di bina itu setinggi 3300 kaki dan menelan kos USD 22 bilion.


Miapolis, Miami USA.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails