Rasulullah SAW telah bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku :
Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas kamu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum daripada telagamu.”
Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepada kamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu.”
Malaikat Izrail A.S. pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment