=)

=)
Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Tiada peminat istimewa


PARIT: “Mana ada... lelaki mungkin takut nak mendekati saya selepas menyaksikan klip video yang saya hasilkan,” itu reaksi spontan Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, apabila ditanya kemungkinan ada lelaki cuba mendekatinya untuk dijadikan pasangan hidup selepas akhbar ini mendedahkan klip video gila-gila diciptanya dalam laman web Youtube.
Cikgu Syida yang masih bujang mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web sosial berkenaan.


Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.

Sejak enam hari lalu, klip video berkenaan menerima tambahan 100,000 pelayar sebaik kisahnya dipaparkan Metro Ahad pada 17 April lalu, menjadikan keseluruhan 112,841 pelayar sehingga petang semalam selain laman web peminatnya dikunjungi lebih 40,000 peminat.


Dia yang dihubungi wartawan Metro Ahad semalam menegaskan, tiada peminat ‘istimewa’ cuba mendekatinya, sebaliknya ramai memuji dan menghormati ‘kerjaya’ baru dilakukannya.



“Saya tidak menyangka bakal memperoleh populariti setaraf ‘selebriti’, namun pada masa sama akan tetap meneruskan hobi ini selagi tidak menyalahi undang-undang serta mencemarkan profesion perguruan.

“Malah, saya percaya lambat laun ia akan diterima semua golongan masyarakat,” katanya yang kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri.


Katanya, dia tidak menyangka menerima ramai kawan baru, malah hampir 5,000 peminat mengunjungi laman web peminatnya dalam sehari.


Dia juga terkejut, dalam tempoh enam hari semua klip video mimingnya terus menerima kunjungan pelayar Internet daripada serata dunia.


Cikgu Syida, anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, mula menghasilkan miming lagu pertamanya bertajuk ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.



Credit : http://www.hmetro.com.my/articles/Tiadapeminatistimewa/Article/artikelMA

Saturday, October 09, 2010

Jimmy Shanley sah bergelar suami selepas tiga kali lafaz nikah



Setelah melalui detik yang penuh mendebarkan, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh sah menjadi suami kepada pilihan hatinya Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy dengan tiga kali lafaz, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.
Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib dari Imam Muda.
Kira-kira 400 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar dan disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor serta Mohd Yusof Mohd Isa. Manakala bapa Suhaila, Datuk Suhaimy bertindak sebagai wali.
Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186 bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986.
Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka peninggalan arwah ibunya ke jari manis Suhaila. Cincin pusaka berpermata nilam merah itu adalah amanat terakhir arwah ibu Jimmy supaya disarungkan kepada wanita yang menjadi isteri Jimmy.
Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona perak bercampur keemasan rekaan Rizman Ruzaini manakala Suhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata dari Prestige By Inar Jakarta.
Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.
Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada seutas jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka.
Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan halwa, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.
Ketika ditemui selepas akad nikah selesai, Jimmy mengakui dia berasa gugup semasa melafazkan nikah kerana julung kali berbuat demikian.
Bagaimanapun, bekas pengacara Trek Selebriti itu melahirkan rasa lega kerana akhirnya hasratnya memperisterikan Suhaila tercapai.
“Tempoh perkenalan kami singkat saja. Banyak lagi yang saya tidak tahu tentang isteri saya. Selepas ini, kami akan lebih mengenali diri masing-masing.
“Tapi saya berharap tiada siapa yang mempersoalkan keikhlasan saya memperisterikan Suhaila. Saya akui menyimpan hasrat menjadi sebahagian ahli keluarga abah (Datuk Suhaimy) dan mama (Datin Muniroh) sebagai anak angkat. Namun Allah SWT Maha Mengetahui. Saya pun tidak sangka akan menjadi menantu mereka.
“Saya berkahwin dengan Suhaila bukan kerana harta, tetapi menyayangi serta menyenangi sikap Suhaila. Saya berharap semua orang akan mendoakan agar rumah tangga kami kekal hingga ke akhir hayat,” kata jejaka berusia 30 tahun itu tersenyum lebar.
Jimmy berkata, dia ingin memiliki empat anak lelaki dan seorang anak perempuan bersama isteri tersayangnya.
Sementara itu, isterinya, Suhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya untuk terus aktif di dalam bidang seni.
credit to Sinar Harian

Kembali ke jalan Allah





TIGA tahun lalu, dia pernah terbuai dengan keseronokan duniawi. Bergelar pengunjung tegar pusat hiburan, meneguk minuman beralkohol serta menjadikan najis dadah sebagai peneman, penyanyi dan produser yang berhasil menghipnos pengikut dari seluruh dunia, Maher Zain, 29, secara terbuka berkongsi kekhilafan dirinya.
Berterus-terang, tidak pernah terlintas di ruang fikirnya ingin berdampingan dengan gelaran anak seni. Jejaka kacak berketurunan Lebanon dan dibesarkan di Sweden itu, sebaliknya punya alasan sendiri untuk tegak berdiri dalam belantika hiburan lantas mengalunkan kelunakan vokalnya yang dibalut puji-pujian kepada Sang Pencipta.
"Tiga tahun lalu, saya jauh daripada Allah kerana melakukan banyak perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Saya juga bergaul dengan orang tidak baik. Malah, paling menyedihkan saya tidak ingat dengan bacaan Al-Fatihah. Bayangkan, sampai macam itu sekali. Saya akui keadaan ini agak serius sekali gus membimbangkan diri.
MAHER ingin terus memperbaiki diri dalam berkarya.


"Tidak lama kemudian, saya rasa teramat kekosongan. Apa tidaknya, saya melihat diri ini tidak sama dengan kawan lain sampaikan kami pernah berselisih faham sesama sendiri apabila mempersoal tentang cara hidup dan persekitaran tidak betul ini. Selepas itu, saya diperkenalkan kepada RedOne lantas bekerja di sampingnya bagi menerbitkan album artis lain.
"Dalam waktu sama, saya sering mengunjungi sebuah masjid dan bertemu rakan-rakan baru. Mereka banyak memberi nasihat kepada saya agar kembali kepada asal-Nya. Justeru, saya mula lebih mengenal diri sehinggakan timbul kesedaran untuk berkarya," katanya ketika ditemui pada pelancaran album Thank You Allah di Menara Kuala Lumpur Selasa lalu.
Dan bukan calang-calang. Dianugerahkan selautan bakat seni, graduan Sarjana Kejuruteraan Aeronautik ini terinspirasi untuk menghasilkan lagu-lagu bersalut keagamaan dan kerohanian dalam perspektif berbeza. Lebih menarik, setiap karya dibikin Maher, ia terkait dengan kisah yang pernah dialami sendiri di alam realiti.
"Dengan muzik merupakan sebenar minat saya, tiada salahnya kalau membikin lagu yang bersangkutan dengan ajaran Islam termasuk meluahkan seluruh kecintaan kepada Allah, alam semesta, pasangan, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Lebih indah kalau saya mahu menampilkan pembaharuan," lekas sahaja jawabnya.

MAHER sempat mendendangkan lagu popular yang berjudul Insya-Allah di hadapan pihak media dan peminat.


Boleh dianggap mencipta gelombang sehingga dia sendiri terkena refleks kemasyhuran, Maher tidak pernah sesekali menebak dia mampu berada pada tangga sekarang. Kemunculannya dalam dunia serba-serbi glamor, akuinya, hanya ingin berkongsi kebolehan kepada peminat. Tiada lain, itu sahaja yang berputar dalam fikirannya.
"Sejujurnya, saya tidak sangka dengan penerimaan positif daripada peminat termasuk di Malaysia apabila berkecimpung dalam arena seni sejak dua tahun lalu. Sukar hendak digambarkan perasaan ini. Yang penting, saya sentiasa berpegang kepada niat - menyalurkan mesej tertentu dalam membikin lagu kepada pendengar.
"Begitupun, saya sentiasa sedar diri. Sebenarnya masih panjang lagi perjalanan saya dalam industri ini. Saya harap dapat terus menyumbangkan lebih banyak karya berkualiti sambil menyelitkan elemen dakwah. Saya ingin memfokuskan terlebih dahulu terhadap nyanyian dan penerbitan," ujar Maher yang selesa menjunjung jalur R&B dan soul.
Konsert perkenalan
Selain hadir ke bumi Malaysia untuk melancarkan album debutnya, Maher juga bakal menghiburkan peminat menerusi konsert mini Save The Soul yang bakal berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor pada 14 dan 15 Oktober ini. Dibawa oleh Raudhatus Sakinah, penghibur terkenal tanah air, Aishah menjadi artis pembuka tirai.
Cukup mengejutkan apabila tiket mini konsert tersebut telah habis dijual dalam waktu singkat. Maher juga ketika ditemubual, tidak berupaya menyembunyikan kegembiraannya sehingga tidak sabar untuk bertandang semula ke negara ini sambil merealisasikan konsert berskala gergasi dengan menghadirkan bunyi-bunyian orkestra.
BARISAN wakil dari Menara KL juga tidak ketinggalan mengabadikan gambar bersama Maher.


"Konsert mini ini dianggap sebagai acara kecil memperkenalkan diri saya kepada peminat di Malaysia. Saya bakal menyanyikan sebanyak lapan buah lagu secara minus one daripada album Thank You Allah. Ia sengaja dibuat dalam suasana santai supaya saya dapat menghiburkan peminat secara lebih dekat pada persembahan ini.
"Pada pendapat saya, sebuah konsert tidak kiralah bersaiz biasa, atau sebaliknya, ia perlu dilakukan terutama kepada artis baru seperti saya. Tidak terkecuali, saya ada perancangan untuk mengadakan persembahan lebih besar pada masa akan datang. Insya-Allah, mungkin awal tahun depan," sahutnya penuh harap.
Menandatangani kontrak dengan rumah penerbitan, Awakening Records sejak setahun lepas, Maher yang telah mengukir populariti di negara Eropah dan Timur Tengah turut menzahirkan keterujaan apabila berkesempatan melibatkan diri pada mini konsert tersebut. Tambah Maher: "Hanya Tuhan saja tahu betapa bersyukurnya saya dapat berada di Malaysia."

Monday, July 19, 2010

Saat-Saat Indah Fasha Sandha Bersama Jejai

GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
Rasanya anda semua pun dah tahu yang Fasha Sandha dan Jejai dah declare yang diorang sekarang ni sah sebagai pasangan kekasih. So, tiada lagi istilah ‘kantoi’ jika gambar mereka berdua tersebar kat internet ni. Tapi istilah kantoi tu boleh diguna pakai sekiranya gambar-gambar yang tersebar tu gambar versi Ariel Peterpan dan Luna Maya. Faham kan maksud kami? Huhu..

GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
GAMBAR FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI, BEKAS SUAMI NORA DANISH
Related Posts with Thumbnails