Tanpa motivasi yang berkesan, program kecergasan dan nutrisi anda tidak akan kekal lama.
- 1.
Anda berasa bahagia dengan diri anda. Anda berasa lebih gembira dan boleh fokus tentang aspek-aspek lain dalam kehidupan anda. - 2.
Perhubungan anda akan bertambah baik. Manusia suka berada di kalangan mereka yang positif. Sekiranya anda bahagia, orang lain juga begitu. - 3.
Kecergasan memberikan anda keyakinan. Contohnya, pergi mesyuarat, mengetahui diri anda cergas dan sihat, memberikan anda kelebihan daripada yang lain. - 4.
Kepada ibu yang baru bersalin, menjaga kecergasan dan kesihatan akan mengembalikan bentuk tubuh badan. - 5.
Senaman yang berterusan biasanya mengurangkan penyakit kardiovaskular, beberapa jenis kanser, tekanan darah tinggi, kencing manis, osteoporosis dan murung. - 6.
Melegakan tekanan! Bagi mereka yang bekerja kuat, sering menghadapi tekanan dan murung, bersukan dan berpeluh boleh membantu melegakan tekanan dan kemurungan ini. - 7.
Mengurangkan risiko kecederaan. Apabila tulang dan otot anda kuat, risiko untuk cedera adalah rendah. - 8.
Apabila anda sihat dan cergas, anda senantiasa berkeyakinan, melenyapkan rasa malu. - 9.
Tubuh yang sihat dan cergas juga mempengaruhi keupayaan seks anda. Anda akan kelihatan hebat dan penuh stamina. - 10.
Kepada sesiapa yang menggunakan 2000 kalori seminggu, jangka hayat akan meningkat dua tahun. - 11.
Anda kelihatan lebih muda. Senaman akan mengurangkan kehilangan sistem antioksidan yang melawan radikal bebas dalam tubuh kita.
No comments:
Post a Comment